logo_PERTIS1

Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia

PERTIS


Facebook-f


Twitter


Google-plus-g


Envelope

”MEMARTABATKAN ISLAM, MEMASYARAKATKAN PERTIS”




SUMBANGAN


PERTIS merupakan satu badan bukan kerajaan (NGO) yang bertujuan untuk meningkatkan syiar Islam dalam kalangan OKU Penglihatan Islam ditubuhkan dalam tahun 1996Satu-satunya NGO OKU Islam yang mendapat kelulusan daripada KDN untuk menerbitkan naskhah Al-Quran Braille di Malaysia 

2.1 Nama penuh persatuan ini ialah Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS).

2.2 Ia telah ditubuhkan pada tahun 1996 dan telah mengadakan mesyuarat agungnya yang pertama pada bulan Ogos 1996.

2.3 Pada 25Mei 2013 bersamaan 15 Rejab 1434H, persatuan ini telah mengadakan mesyuarat agungnya kali ke-18.

2.4 Persatuan ini juga bersifat kebangsaan. Justeru setakat ini ia mempunyai cawangannya di 5 buah negeri iaitu di Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Kedah.

2.5 Persatuan ini sememangnya sedang meluaskan cawangannya di negeri-negeri lain. Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada permintaan golongan sasar di negeri-negeri berkenaan.

2.6 Persatuan ini ditadbir oleh badan yang dikenali sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat (AJK Pusat). Untuk senarai penuh dan terkini AJK Pusat PERTIS, sila rujuk lampiran.

2.7 Setiap AJK Pusat pula akan mengetuai jawatankuasa kecil yang dikenali sebagai Biro dan boleh melantik AJK Kecil untuk setiap biro.

2.8 PERTIS di peringkat negeri pula ditadbir oleh 6 ahli jawatankuasa PERTIS peringkat negeri yang diketuai oleh pengerusi (untuk senarai lengkap, sila rujuk lampiran).

2.9 Pada masa ini, ibu pejabat PERTIS pusat mempunyai 5 orang kakitangan. Untuk senarai kakitangan, sila rujuk lampiran.

2.10 Yang Berbahagia Datuk Zamani bin Sulaiman (Setiausaha Dewan Negara, Parlimen Malaysia) merupakan Penasihat kepada persatuan ini.

2.11 Untuk memastikan maklumat terkini sampai kepada pengetahuan ahli dan masyarakat, maka persatuan telah menyediakan talian info yang boleh diakses 24 jam sehari. Info yang diketengahkan akan bertukar setiap minggu. Talian Info yang dimaksudkan ialah 03-40223950.

Awards

Anugerah Khas Maulidur Rasul 1434H/2013M 

KEMBARA ILMU

Kembara Ilmu PERTIS 2019 : Melawat dan mengikuti program di Sekolah Kanak-kanak Khas Penglihatan (Princess Elizabeth School)


REKREASI

Program Berkuda Dan Memanah Kumpulan 1 Anjuran Biro Kesenian Dan Belia Pertis Bertempat Di Rimba Riding Club Sri Kembangan

Minum Petang Bersama PERTIS

Pada 14/09/2019 bersamaan hari Sabtu, Persatuan Hufaz Malaysia dengan kerjasama PERTIS telah hadir ke Majlis Minum Petang Bersama 180 OKU Penglihatan sekaligus majlis simbolik Penyerahan Tafsir Pimpinan Al-Rahman di Everly Hotel Putra Jaya,.

Dokumentari PERTIS

Scroll to Top