Thomas Doe
Social WorkerNulla totam rem metus nunc hendrerit ex voluptatum deleniti laboris, assumenda suspendisse, maecenas malesuada morbi a voluptate massa! Hendrerit, egestas.
Projek pembangunan Al-quran Braille merupakan projek PERTIS bagi mengumpulkan dana untuk tujuan mencetak, mengagihkan dan mengajar al-Quran Braille kepada seluruh OKU Penglihatan Islam di Malaysia. Melalui projek ini Al-Quran akan diserahkan secara percuma khususnya kepada golongan OKU Penglihatan Islam di seluruh Malaysia.
Tujuan projek ini dilaksanakan adalah untuk menimbulkan minat golongan OKU penglihatan untuk mempelajari dan membaca al-Quran Braille. Selain itu, melalui projek ini juga dapat meringankan beban kepada golongan OKU penglihatan untuk memiliki Al-Quran Braille memandangkan Al-Quran Braille ini sukar untuk didapati di pasaran dan harganya yang amat tinggi.
Projek ini akan dijalankan secara berterusan setiap tahun dengan anggaran pencetakan Al-Quran Braille bagi setahun adalah sebanyak 2,400 naskah.
Sasaran dana setahun: RM 936,000.00
Pakej tajaan:
Senaskah al-Quran Braille : RM400
Al-Quran Braille & Kelas Pengajian : RM500