PROJEK WAKAF BANGUNAN

Projek Wakaf Bangunan merupakan sebuah projek pencarian dana khusus untuk Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) bagi membeli sebuah bangunan 4 atau 5 tingkat untuk kegunaan pihak PERTIS.

Bangunan ini adalah bertujuan untuk mengurangkan serta meminimumkan perbelanjaan PERTIS untuk menampung kos sewa yang sentiasa meningkat dari semasa ke semasa dalam melaksanakan program dakwah serta menjaga kebajikan OKU khususnya OKU penglihatan. Selain itu, bangunan ini juga bertujuan untuk meneruskan program-program dakwah tanpa perlu menyewa tempat lain seperti

– Kelas Pengajian Al-Quran Braille, Jawi, dan lain-lain.
– Ceramah agama, kursus, bengkel, seminar dan lain-lain.
– Program Maulidul Rasul, Maal Hijrah, Iftar dan lain-lain.

Dengan pembelian premis ini juga dapat membantu pihak PERTIS melaksanakan lebih banyak program bagi manfaat ahli kerana mempunyai bangunan yang lebih besar serta meningkatkan lagi pengeluaran bahagian penerbitan dalam mencetak Al-Quran dan kitab-kitab serta meningkatkan kecekapan pentadbiran PERTIS apabila berada di bawah satu bumbung.

Dengan pembelian premis ini juga, ia akan meningkatkan imej PERTIS dalam kalangan OKU Penglihatan Islam dan masyarakat.

RM510,680 of RM7.5 million raised